Tiga cedera ditikam di pusat membeli-belah Melbourne
SYDNEY - Seorang lelaki ditahan selepas didakwa menikam beberapa orang di sebuah pusat membeli-belah di Melbourne pada Selasa, lapor Xinhua.
Polis di negeri Victoria dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.25 petang waktu tempatan Selasa di pusat membeli-belah Fountain Gate di Melbourne susulan laporan bahawa tiga orang diserang di perhentian bas.
Ketiga-tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita mengalami cedera ringan dan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun melarikan diri dari tempat kejadian tetapi kemudian berjaya ditahan di dalam pusat membeli-belah itu. - Bernama/Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!