14,617 murid dikesan merokok dan hisap vape
05 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
14,617 murid dikesan merokok dan hisap vape
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, seramai 14,617 murid dikesan terbabit dalam salah laku gejala merokok dan vape sepanjang tempoh sembilan bulan, tahun ini.
Menurutnya, jumlah itu merangkumi 0.29 peratus daripada jumlah keseluruhan 5.1 juta murid yang direkodkan bersekolah tahun ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr Richard Rapu @ Aman Anak Begri (GPS-Betong) mengenai sejauh mana pihak sekolah menguatkuasakan segala peraturan dan panduan khas mengenai vape dan rokok dalam kalangan pelajar.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #Beritasemasa #parlimen #KPM #muridmerokokvape