Suami dituduh punca tiada anak, Janna Nick tidak dapat tahan air mata

Janna meluahkan kekesalan menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Janna meluahkan kekesalan menerusi hantaran di Instagram miliknya.
A
A
A

PELAKON dan pengarah, Janna Nick tidak dapat menahan air mata apabila ada individu bertindak biadab menuduh suaminya, Dini Schatzmann sebagai punca mereka gagal menimang cahaya mata selepas setahun berkahwin.

Jelas Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 29, mereka berdua sudah membuat ujian kesuburan dan semuanya okay.

"Saya sangat terkesan dengan satu komen ini. Biasanya saya tidak kisah orang komen (bertanya) bila nak ada anak.

"Individu itu komen, 'Dini mesti lebih hormon perempuan, sebab itu susah dapat anak'.

"Saya rasa sangat kurang ajar kerana kami sudah buat macam-macam, lakukan yang terbaik, berusaha keras untuk dapatkan anak," luah Janna menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya.

Tambah Janna, mereka berdua sudah melakukan pelbagai ujian kesuburan dan menjalani rawatan In vitro fertilization (IVF) sejak setahun lalu, tetapi masih belum berhasil.

Bukan itu sahaja, Janna berkata, dia juga sudah cuba mengubah gaya hidup dan tidak berlakon untuk satu tempoh yang lama sebagai salah satu usaha untuk hamil.

"Bila orang tanya berkali-kali, saya pun tanya ALLAH bila nak beri saya anak?

Artikel Berkaitan:

"Bulan 10 cukup setahun buat IVF dan saya gagal. Kami buat pelbagai ujian semua okay. Cuma tahun lepas kali pertama buat IVF keadaan telur saya teruk.

"Saya tahu keadaan kesihatan, hormon, telur dan uterus. Uterus memang terbalik, sebab itu kami berusaha keras," jelasnya yang mengakui emosinya terganggu kerana komen-komen netizen.

Dini dan Janna masih menanti kehadiran cahaya mata selepas setahun berkahwin.
Dini dan Janna masih menanti kehadiran cahaya mata selepas setahun berkahwin.

Janna juga meminta tidak ada mana-mana pihak bertanya bila mereka mahu menimang cahaya mata kerana mereka sudah mencuba pelbagai cara termasuk petua untuk hamil.

"Kami berusah keras, berhenti tanya. Ada yang bagi petua suruh ibu hamil pijak kaki, saya minta Nabila Razali pihak kaki saya. Semua itu sebab saya terdesak mahukan anak," katanya yang mengakui berat badannya naik kerana makan pil hormon.

Dini yang berada di sisi Janna turut menasihati orang ramai agar tidak memberi komen yang tidak sensitif kerana itu mengganggu emosi isterinya.

"Anda semua juga mahukan kami ada anak. Kalau nak komen keterlaluan, lebih baik simpan sahaja," ujarnya.

Sekadar info, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!