Econsave nafi berlaku pembelian panik di Johor Bahru

Econsave
Econsave
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pihak pengurusan Pasaraya Econsave di Johor Bahru menafikan berlakunya pembelian panik dalam kalangan pengguna terutama melibatkan warga Singapura susulan penularan wabak koronavirus sebagaimana tular di media sosial sejak Sabtu lalu.

Pengurus Operasinya, Mas Imran Adam berkata, situasi pembelian panik iaitu membeli barangan keperluan dengan kuantiti banyak sehingga barangan di rak habis tidak berlaku sama sekali di empat cawangan Pasaraya Econsave di Johor Bahru iaitu di Skudai, Permas Jaya, Desa Cemerlang dan Taman Daya.

Beliau berkata, stok barangan terutama makanan masih banyak dan pengguna tidak perlu bimbang barangan di pasar raya kurang disebabkan penularan wabak koronavirus.

"Cuma ada beberapa orang dipercayai warga Singapura yang datang membeli secara lebih atau ekstra pada Sabtu dan Ahad lepas.

"Tetapi memang tidak ramai seperti yang digambarkan sebagaimana yang tular di media sosial. Hari ini dilaporkan tiada yang beli ekstra, keadaan macam biasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!