Laporan Langsung: Trump sah menang tewaskan Kamala Harris

06 November 2024 | Live Update
Made with Flourish

Made with Flourish

Rumusan

Trump umum kemenangan. Calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump mengumumkan kejayaan menewaskan calon Demokrat, Kamala Harris selepas berjaya mendapatkan undi daripada negeri tumpuan iaitu Pennsylvania, North Carolina dan Georgia.
  • Undian terus menunjukkan bahawa Donald Trump terus berada dihadapan sehingga berjaya melepasi 270 undi dan Kamala Harris sukar untuk mengejar kedudukan Trump.
  • Negeri di menangi Donald Trump: Missouri, Nebraska, Texas, Ohio, Louisiana, Wyoming, Alabama, Florida, South Carolina, Tennessee, Oklahoma, Mississippi, West Virginia, Kentucky, Indiana, Kansas, Utah, Montana, Kansas, Iowa, Idaho, North Carolina, Georgia, Nebraska (1), Maine (1), Pennsylvania, Wisconsin.
  • Negeri di menangi Kamala Harris: New York, New Jersey, Illinois, Delaware, Maryland, Connecticut, Massachusetts, Rhode Island, Vermont, Colorado, Maine (1), California, Washington, Virginia, New Mexico, New Hampshire.
7:08PM

Trump sah menang tewaskan Kamala Harris

Selepas Donald Trump, 78, mendapat tambahan 10 undi menerusi Wisconsin, beliau telah sah diumumkan sebagai Presiden AS ke 47.

Trump sah memenangi Pilihan Raya Presiden AS selepas berjaya melepasi 270 undi dengan 277 undi, manakala Harris masih di angka 214.

Trump merupakan presiden AS yang dipilih buat kali kedua.

6:48PM

Trump menang Wisconsin, berjaya melepasi 270 undi untuk menang

AP mengumumkan Wisconsin dimenangi Donald Trump dengan memberikan beliau 10 undi elektoral..

Kini Trump sah memenangi Pilihan Raya Presiden AS selepas berjaya melepasi 270 undi dengan 277 undi, manakala Harris masih di angka 214.

Trump merupakan presiden AS yang dipilih buat kali kedua.

4:53PM

Negeri mana yang belum diumumkan lagi?

Antara negeri yang belum diumumkan lagi adalah:

  • Michigan (15)
  • Wisconsin (10)
  • Arizona (11)
  • Nevada (6)
  • Alaska (3)
4:03PM

Trump umum kemenangan

Calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump mengumumkan kejayaan memenangi pilihan raya menewaskan Kamala Harris.

Trump berkata, Amerika telah memberikan Republikan mandat yang luar biasa dan kuat.

Beliau memuji Parti Republikan kerana berjaya menguasai semula Senat. Selepas keputusan hari ini, parti itu mengawal 51 kerusi dalam dewan yang mempunyai 100 kerusi.

Trump juga mendakwa bahawa Parti Republikan berada di landasan untuk memenangi Dewan Perwakilan, walaupun keputusan penuh dewan tersebut mungkin hanya akan diketahui dalam beberapa hari lagi.

No Image Caption

3:53PM

Minnesota dimenangi Harris

AP mengumumkan Minnesota dimenangi Kamala Harris, memberikan beliau 10 undi elektoral.

Trump kekal jauh mendahului dengan 267 undi, manakala Harris meningkat kepada 224 undi.

3:28PM

Trump menang Pennsylvania

AP mengumumkan Pennsylvania dimenangi Donald Trump dengan memberikan beliau 19 undi elektoral..

Kini Trump selesa kekal dengan 267 undi, manakala Harris masih di angka 214.

Trump hanya memerlukan lagi 3 undi untuk melepasi 270 undi bagi memenangi pilihan raya ini.

No Image Caption

3:13PM

Trump menang satu undi di Maine

AP mengumumkan Maine (2nd Congressional District) dimenangi Donald Trump dengan memberikan beliau satu undi elektoral..

Kini Trump selesa kekal dengan 248 undi, manakala Harris masih di angka 214.

Trump hanya memerlukan lagi 22 undi untuk melepasi 270 undi bagi memenangi pilihan raya ini.

2:30PM

Harris perlu pertahankan 'tembok biru' Pennsylvania, Michigan dan Wisconsin

‘Tembok biru’ merujuk kepada negeri-negeri yang menjadi kubu kuat Parti Demokrat selama beberapa dekad sehingga 2016, apabila Trump berjaya menembusinya dan memenangi tiga daripadanya.

Tiga negeri tersebut – Pennsylvania, Michigan, dan Wisconsin – adalah antara tujuh negeri medan pertempuran yang akan menjadi penentu kepada calon yang memenangi Rumah Putih kali ini.

Jika Harris dapat mempertahankan ‘tembok biru’, penganalisis percaya beliau berkemungkinan besar akan memenangi pilihan raya.

No Image Caption

2:23PM

New Hampshire dimenangi Harris

AP mengumumkan New Hampshire dimenangi Kamala Harris, memberikan beliau 4 undi elektoral.

Trump kekal dengan 247 undi, manakala Harris meningkat kepada 214 undi.

2:05PM

Nebraska dimenangi Trump

AP telah mengumumkan bahawa Nebraska dimenangi Parti Republikan, memberikan Donald Trump satu undi elektoral.

Trump kekal mendahului dengan 247 undi, manakala Harris kekal kepada 210 undi.

2:00PM

Georgia dimenangi Trump

AP telah mengumumkan bahawa Georgia dimenangi Parti Republikan, memberikan Donald Trump 16 undi elektoral.

Trump kekal mendahului dengan 246 undi, manakala Harris kekal kepada 210 undi.

Georgia merupakan antara negeri swing yang menjadi penentu dalam pilihan raya kali ini.

1:32PM

Negeri mana yang belum diumumkan lagi?

Antara negeri yang belum diumumkan lagi adalah:

  • Pennsylvania (19)
  • Georgia (16)
  • Michigan (15)
  • Wisconsin (10)
  • Arizona (11)
  • Nevada (6)
  • Minnesota (10)
  • New Hampshire (4)
  • Alaska (3)
12:59PM

Hawaii dimenangi Harris

AP telah mengumumkan bahawa Hawaii dimenangi Kamala Harris, memberikan beliau 4 undi elektoral.

Trump kekal dengan 230 undi, manakala Harris terus meningkat kepada 210 undi.

12:51PM

Nebraska dimenangi Harris

AP telah mengumumkan bahawa Nebraska dimenangi Kamala Harris, memberikan beliau satu undi elektoral.

Trump kekal dengan 230 undi, manakala Harris terus meningkat kepada 206 undi.

12:42PM

Virginia, New Mexico dimenangi Harris

AP telah mengumumkan bahawa Virginia dan New Mexico dimenangi Kamala Harris, memberikan beliau tambahan 13 (Virginia) dan 5 (New Mexico) undi elektoral.

Trump kekal dengan 230 undi, manakala Harris terus meningkat kepada 205 undi.

No Image Caption

12:32PM

North Carolina menjadi negeri swing pertama dimenangi Trump

Seperti yang baru kami laporkan, AP telah mengumumkan bahawa Trump memenangi North Carolina, memusnahkan harapan Demokrat untuk mengubah negeri yang cenderung kepada Republikan ini menjadi biru.

Negeri ini, dengan 16 undi Elektoral, hanya memilih Demokrat dua kali sejak tahun 1968: pada tahun 1976 dan 2008.

Namun, perubahan demografi Demokrat di negeri ini, serta populasi kulit hitam yang besar dan aktif secara politik, membuatkan ahli strategi percaya ia mungkin berpotensi untuk dimenangi.

Sejak 2015, tiada peristiwa yang lebih mendominasi politik AS berbanding penampilan dramatik Trump di pentas.
Sejak 2015, tiada peristiwa yang lebih mendominasi politik AS berbanding penampilan dramatik Trump di pentas.

12:22PM

North Carolina milik Trump, Oregon dimenangi Harris

AP telah mengumumkan bahawa North Carolina dimenangi oleh Parti Republikan, memberikan Donald Trump sejumlah 16 undi elektoral.

Manakala, Oregon dimenangi Kamala Harris dengan 8 undi elektoral.

Trump masih mendahului dengan 230 undi, manakala Harris meningkat kepada 187 undi.

12:04PM

California dan Washington memilih Harris, Idaho milik Trump

AP telah mengumumkan bahawa California dan Washington dimenangi oleh Parti Demokrat, memberikan Harris sejumlah 66 undi elektoral.

Undi Harris meningkat tinggi kepada 179 undi, manakala, undi Trump meningkat kepada 214 setelah mendapat empat undi di Idaho.

11:45AM

Kansas dan Iowa memilih Trump, Maine milik Harris

AP telah mengumumkan bahawa Kansas dan Iowa dimenangi oleh Parti Republikan, memberikan Trump sejumlah 12 undi elektoral.

Trump masih mendahului dengan 210 undi, manakala Harris meningkat kepada 113 undi, setelah mendapat satu undi elektoral di Maine.

No Image Caption

11:20AM

Colorado dimenangi Harris

The AP telah mengumumkan Colorado dimenangi Kamala Harris, dengan memberikan beliau tambahan 10 undi elektoral.

Trump masih mendahului dengan 198 undi, manakala Harris meningkat kepada 112 undi.

11:04AM

Utah, Montana dimenangi Trump

The AP telah mengumumkan Utah dan Montana dimenangi Trump, dengan memberikan beliau tambahan 10 undi elektoral. Utah (6) dan Montana (4).

Kini, Trump mendahului dengan 198 undi, manakala Kamala Harris 109 undi.

10:55AM

Missouri dimenangi Trump

The AP telah mengumumkan Missouri dimenangi Trump, dengan memberikan beliau 10 undi elektoral.

Kini, Trump mendahului dengan 188 undi, manakala Kamala Harris 99 undi.

10:30AM

Trump menang undi di Nebraska, Texas, Ohio

Nebraska diumumkan milik Parti Republikan dan memberikan Trump satu undi elektoral, Republikan turut memenangi Texas dengan mendapat 40 undi elektoral.

Trump turut memenangi Ohio dengan 17 undi elektoral.

Kini, Trump mendahului dengan 178 undi, manakala Kamala Harris 99 undi.

10:13AM

Louisiana, Wyoming milik Trump

Louisiana dan Wyoming diumumkan milik Parti Republikan dan memberikan Trump tambahan 11 undi elektoral

Trump memenangi lapan undi daripada Louisiana dan tiga undi di Wyoming.

No Image Caption

10:10AM

New York dimenangi Harris

New York diumumkan milik Parti Demokrat dan memberikan Kamala Harris 28 undi elektoral

Sebelum itu Harris turut memenangi Delaware dengan tiga undi.

9:40AM

New Jersey, Illinois, Delaware dimenangi Harris

AP telah mengumumkan New Jersey, Illinois dan Delaware dimenangi Kamala Harris, sekaligus memberikan calon Demokrat itu tambahan 28 undi elektoral.

Harris mendapat 14 undi elektoral di New Jersey, 11 undi di Illinois dan tiga undi daripada Delaware.

No Image Caption

9:13AM

Maryland, Connecticut, Massachusetts, Rhode Island dimenangi Harris

AP telah mengumumkan empat negeri dimenangi Kamala Harris, sekaligus memberikan calon Demokrat itu 26 undi elektoral.

Trump mendapat sembilan undi elektoral. di Alabama, Florida (30), South Carolina (9), Tennessee (11), Oklahoma (7) dan Mississippi (6).

9:10AM

Alabama, Florida, South Carolina, Tennessee, Oklahoma, Mississippi milik Trump

AP telah mengumumkan Alabama, Florida, South Carolina, Tennessee, Oklahoma, Mississippi milik Parti Republikan.

Trump mendapat sembilan undi elektoral. di Alabama, Florida (30), South Carolina (9), Tennessee (11), Oklahoma (7) dan Mississippi (6).

9:00AM

Pusat pengundian ditutup di beberapa lagi negeri AS, termasuk Michigan

Pusat pengundian ditutup di:

  • Alabama (sebahagian besar negeri)
  • Connecticut
  • Delaware
  • Florida (daerah barat termasuk Bay, Calhoun, Escambia, Holmes, Jackson, Okaloosa, Santa Rosa, Walton dan Washington)
  • Illinois
  • Kansas (sebahagian besar negeri)
  • Maine
  • Maryland
  • Massachusetts
  • Michigan (sebahagian besar negeri)
  • Mississippi
  • Missouri
  • New Hampshire (19 pekan dan satu bandar)
  • New Jersey
  • North Dakota (bahagian timur negeri)
  • Oklahoma
  • Pennsylvania
  • Rhode Island
  • South Dakota (sebahagian besar negeri)
  • Tennessee
  • Texas (bahagian timur negeri)
  • Washington, DC

8:20AM

Trump menang undi di West Virginia

West Virginia diumumkan milik Parti Republikan, seperti yang dijangkakan, telah memberikan Trump empat undi elektoral.

Sejak 2015, tiada peristiwa yang lebih mendominasi politik AS berbanding penampilan dramatik Trump di pentas.
Sejak 2015, tiada peristiwa yang lebih mendominasi politik AS berbanding penampilan dramatik Trump di pentas.

7:30AM

Kentucky, Indiana diumumkan untuk Trump; Vermont diumumkan untuk Harris

AP telah mengumumkan Indiana dan Kentucky milik Parti Republikan sekaligus memberikan Trump masing-masing 11 undi elektoral.

Agensi berita itu juga telah mengumumkan Vermont untuk Parti Demokrat, memberikan Harris tiga undi elektoral.

6:00AM

Kampung kecil di New Hampshire telah mengira undi

Komuniti kecil di New Hampshire ini telah mengundi pada tengah malam pada hari pilihan raya sejak tahun 1960 dan terus mengira undinya.

Namun, undi ini tidak akan memberi kesan besar pada pilihan raya – hanya enam undi yang dibuang di Dixville Notch dan keputusannya adalah seri iaitu tiga undi bagi Harris dan tiga bagi Trump.

No Image Caption

1:00AM

Pengundian sedang berlangsung di kesemua negeri di AS

No Image Caption

Pusat undi kini dibuka di lebih 40 negeri, termasuk Daerah Columbia. Ini merangkumi enam daripada tujuh negeri medan pertempuran yang dijangka akan menentukan keputusan pilihan raya: North Carolina, Georgia, Pennsylvania, Michigan, Wisconsin, dan Arizona.

Pusat undi akan dibuka tidak lama lagi di negeri Colorado, Montana, Nebraska, New Mexico, Utah, dan Wyoming.

7:40PM

Lebih banyak pusat pengundian dibuka

No Image Caption

Pusat pengundian lebih banyak dibuka di beberapa negeri seperti Connecticut, Indiana, Kentucky, Maine, New Jersey, New York, dan Virginia.

Sebelum itu pengundi telah bermula di Vermont dan New Hampshire.

7:10PM

Pengundian bermula di Vermont

Pusat pengundian dibuka di Vermont dibuka pada jam 5 pagi waktu tempatan dan pusat pengundian pertama dibuka di pekan kecil Dixville Notch, New Hampshire.

Seterusnya, kita akan melihat pusat pengundian dibuka di New York dan Virginia. Pusat pengundian lain akan dibuka seiring dengan terbitnya pagi di enam zon waktu yang merangkumi 50 negeri AS.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!