Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden

Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung - Foto: Agensi
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung - Foto: Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung, lapor Agensi Anadolu.

Indeks Dow Jones Industrial Average melonjak 427.28 mata, bersamaan 1.02 peratus dan ditutup pada 42,221.88.

S&P 500 menambah 70.07 mata atau 1.23 peratus untuk mencapai 5,782.76, manakala Nasdaq meningkat 259.19 mata atau 1.43 peratus, berakhir pada 18,439.17.

Indeks dolar AS susut 0.45 peratus kepada 103.42, manakala kadar pertukaran EUR/USD kekal stabil.

Logam berharga berada dalam zon positif; harga emas naik 0.27 peratus kepada AS$2,743.99 per auns, manakala perak meningkat 0.62 peratus kepada AS$32.65 pada 1000 GMT.

Harga minyak turut mengalami peningkatan sekitar 0.1 peratus, dengan penanda aras global minyak mentah Brent berada pada AS$75.35.

Kenaikan ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan ekonomi walaupun di tengah-tengah ketidakpastian politik yang melanda pilihan raya presiden. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!