Banjir di Sepanyol, 89 mangsa masih hilang
MADRID - Seramai 89 orang masih hilang akibat banjir yang melanda wilayah timur dan selatan Sepanyol, lapor Agensi Anadolu pada Selasa.
Usaha mencari puluhan mangsa masih diteruskan meskipun seminggu telah berlalu sejak banjir besar melanda wilayah Valencia, lapor Agensi Berita Sepanyol EFE memetik data rasmi.
Usaha mencari dan menyelamat diteruskan di kawasan yang terjejas, dengan jumlah korban mencatatkan 218 orang, termasuk 213 di Valencia, empat di Castilla-La Mancha dan satu di Andalusia.
Sementara itu, seramai 186 orang ditahan atas kesalahan merompak atau mencuri sejak banjir melanda minggu lalu, menurut Polis Kebangsaan Sepanyol dan Gendarmerie.
Hampir 15,000 anggota tentera dan polis kebangsaan dikerah untuk mencari mangsa yang masih hilang, memastikan keselamatan, serta memulihkan kebersihan dan perkhidmatan asas di kawasan yang terjejas.
Perdana Menteri Pedro Sanchez mengumumkan pakej bantuan besar-besaran pada Selasa bagi membantu penduduk dan perniagaan yang terjejas. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!