Zulkifli dilantik sebagai SUK Terengganu baharu

Zulkifli
Zulkifli
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pegawai Kewangan Terengganu, Datuk Zulkifli Ali dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu yang baharu berkuat kuasa pada Rabu.

Zulkifli yang mempunyai pengalaman luas selama 33 tahun dalam perkhidmatan awam akan menggantikan Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil yang bersara pada Selasa.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perniagaan Tani) Universiti Putra Malaysia.

Zulkifli mengetip jari sebelum masuk ke pejabatnya di Wisma Darul Iman pada Rabu.
Zulkifli mengetip jari sebelum masuk ke pejabatnya di Wisma Darul Iman pada Rabu.

Zulkifli, 59, pernah bertugas di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu, Pejabat Sultan Terengganu dan juga pentadbiran kerajaan negeri.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak kerajaan negeri atas jasa baik serta sumbangan yang telah dilakukan Tengku Farok sepanjang perkhidmatannya selama ini.

"Persaraan bukanlah satu noktah, tetapi permulaan kepada babak baru dalam kehidupan.

"Terima kasih atas jasa sepanjang menjalankan tugas sebagai pegawai kerajaan bermula dari awal sehingga khidmat terakhir Tengku Farok menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!