Bangunan asrama sekolah terbakar
PUCHONG - Sebuah blok asrama di Sekolah Bina Insan, di sini, terbakar, pada Rabu.
Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 5.23 pagi sebelum sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat kebakaran melibatkan bangunan asrama kelas A.
“Kebakaran berlaku di tingkat dua dan menyebabkan kerosakan 50 peratus pada struktur bangunan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Jelas beliau, bagaimanapun tragedi tidak melibatkan kemalangan jiwa termasuk kecederaan pada pelajar sekolah terbabit.
Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!