Trump terus dahului Harris
WASHINGTON - Calon Republikan (GOP), Donald Trump boleh tersenyum lebar apabila beliau kini mendahului pesaingnya, Kamala Harris menerusi kiraan undi yang sedang dilakukan secara berperingkat di seluruh Amerika Syarikat (AS) selepas pengundian berakhir pada Selasa.
Rangkaian media tempatan termasuk CNN, Fox New, MSNBC/NBC News dan ABC mengunjurkan kemenangan Trump di 20 negeri termasuk dua negeri 'big prizes', Texas dan Ohio serta negeri-negeri lain yang menjadi kubu kuat GOP sebelum ini.
Sementara itu, Harris dilaporkan berjaya menawan lapan negeri, Colorado, Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New York, Rhode Island dan Vermont serta Washington.
Setakat ini, Trump telah memenangi 210 undi (52.5 peratus) manakala Harris 113 undi (46.3 peratus) daripada 270 undi iaitu 'magic number' yang diperlukan untuk diisytiharkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden AS 2024.
Beberapa pemerhati kini memberi tumpuan di swing states yang kembali menjadi medan pertempuran utama pada pemilihan kali ini.
Ketika kiraan undi sedang giat dilakukan, Trump turut menganjurkan makan malam VIP untuk pembiaya kempen dan teman rapat beliau di kediamannya, Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida manakala Harris berada di Howard University, Washington yang merupakan alma mater beliau sambil menantikan keputusan bersama para penyokongnya. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!