BRICS tak jejas dasar luar Malaysia
KUALA LUMPUR - Dasar luar Malaysia tidak akan berubah apabila menyertai BRICS, bahkan akan membuka lebih banyak peluang baharu kepada negara.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, sebagai negara berdaulat, Malaysia bebas untuk memilih organisasi yang ingin disertai, berdasarkan pertimbangan amat terperinci, yang mampu memberi manfaat kepada negara.
Menurutnya, Malaysia terbukti memainkan peranan aktif dalam organisasi yang disertai sebelum ini, antaranya keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
"Sebarang keterlibatan dalam mana-mana organisasi Malaysia akan terlibat secara aktif, memberikan impak yang baik kepada negara kita.
"Tambahan pula, kita menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan, kita akan memainkan peranan yang hebat di peringkat antarabangsa,"katanya ketika sesi Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan tambahan V Ganabatirau (PH-Klang) sama ada dasar luar Malaysia akan berubah apabila menyertai BRICS dan sejauh mana jaminan negara lain tidak akan mencampuri urusan negara, seperti politik, ekonomi dan kedaulatan negara.
Sebelum itu, menjawab bagaimana pihak kerajaan akanmemastikan organisasi BRICS tidak mempengaruh urusan domestik danpolitik negara serta memastikan institusi demokratik terjaga, beliau menegaskanKementerian Luar Negeri akan sentiasa memastikan kepentingannegara terjaga dan terpelihara.
"Kerajaan berpandangan bahawa penyertaan Malaysia sebagaiNegara Rakan BRICS adalah selari dengan usaha memacu ekonominegara untuk berkembang dengan lebih pesat, stabil, dan berdaya tahan.Dalam hal ini, ia diyakini akan memberikan kesan yang positif ke ataskemajuan dan kesejahteraan sosioekonomi rakyat.
"Ini kerana ia berupaya untuk membuka peluang pasaran baharuuntuk perdagangan negara yang seterusnya dapat meningkatkanperdagangan dan pelaburan langsung asing, atau dengan izin, foreigndirect investment (FDI), dengan negara-negara anggota BRICS, sekaligus mengimbangi kebergantungan negara kepada pasaran tradisionalsedia ada,"katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!