7 tahun tunggu cahaya mata, suami 'pergi' selepas 8 bulan bergelar bapa

Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak berusia lapan bulan.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak berusia lapan bulan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kegembiraan Muhammad Isma Azwa Md Salleh, 33, menimang cahaya mata pertama selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga hanya seketika apabila beliau disahkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

Kakak ipar kepada arwah, Nurshahirah Nadiah Mohammad Azan, 37, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran Changi Beach Park, Singapura pada Selasa kira-kira jam 8 pagi.

Keadaan motosikal ditunggangi arwah selepas kejadian.
Keadaan motosikal ditunggangi arwah selepas kejadian.

"Kemalangan itu berlaku ketika arwah berada di jalan lurus dan dilanggar kereta yang mahu membelok. Kesan daripada perlanggaran itu, pihak hospital mengesahkan dia meninggal dunia akibat pendarahan dalaman.

"Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik tetapi malam sebelum kejadian, dia meninggalkan pesanan kepada isteri, Norshahirah Nabihah Mohammad Azan, 33, bahawa dia ada senaraikan beberapa perkara berkaitan nazar dan maklumat penting dalam nota telefon bimbitnya.

"Namun, ketika kejadian telefon bimbit arwah hilang dan kami gagal mengesan dimana kedudukannya. Kami sangat perlukan semula untuk selesaikan semua urusan arwah dan keluarga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Lokasi kejadian berhampiran Changi Beach Park, Singapura pada Selasa.
Lokasi kejadian berhampiran Changi Beach Park, Singapura pada Selasa.

Mengulas lanjut, Nurshahirah Nadiah memaklumkan, rakan dan keluarga mangsa sudah melakukan pencarian hampir seharian di lokasi kejadian dan kawasan berdekatan, namun masih gagal.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pihak keluarga menawarkan ganjaran wang tunai kepada individu yang sengaja atau tidak sengaja mengambil telefon bimbit berkenaan.

"Saya mohon pulangkan balik sebab itu saja kenangan yang kami ada. Kami tak marah siapa yang terambil dan boleh pulangkan semula dengan menghubungi saya (013-969 6212) atau balu arwah (019-7665773).

"Kami boleh bagi ganjaran wang tunai kalau orang itu perlukan duit... kasihanilah keluarganya, arwah pula meninggalkan isteri dan putera sulung mereka Yusuf Muhammad Isma Azwa yang berusia baru lapan bulan.

"Sehingga kini, isterinya masih perlu berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan akibat komplikasi ketika bersalin kerana 'cathether' sepanjang 9 sentimeter tertinggal di ruang tulang belakang ketika pembedahan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!