Adly dilantik Pengerusi PH Kelantan baharu

Adly dilantik sebagai Pengerusi PH Kelantan baharu berkuatkuasa pada Selasa.
Adly dilantik sebagai Pengerusi PH Kelantan baharu berkuatkuasa pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan baharu berkuatkuasa pada Selasa.

Adly merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Pelantikan itu bagi menggantikan Muhammad Hussain yang sebelum ini diberi tanggungjawab tersebut.

Sementara itu, Datuk Seri Suparadi Md Nor yang merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PH.

Suparadi membentuk gandingan bersama Pengerusi DAP negeri, Nelson Poan Yin Chai.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dilantik sebagai Ketua Wanita manakala Mohamad Ezzat Hanuzi Zahrim sebagai Ketua Pemuda.

Ketua Amanah Kawasan Pengkalan Chepa, Zulhazmi Hassan dilantik sebagai setiausaha PH.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!