Lelaki cari isteri warga Thailand untuk tuntutan cerai

Miss Makeluesong Chedor
Miss Makeluesong Chedor
A
A
A

SETIU - Seorang lelaki meminta orang ramai membantu mengesan isterinya yang merupakan warga Thailand bagi proses penceraian di mahkamah.

Raja Adam Raja Daud, 64 berkata, kali terakhir dia bertemu isterinya, Miss Makeluesong Chedor, 46 ketika wanita itu keluar dari rumah untuk melarikan diri pada 8 September lalu.

Menurutnya, sehingga kini dia tidak dapat menjejaki isterinya itu malah kenalan isterinya juga memberitahu sudah lama tidak berjumpa wanita itu.

"Kali terakhir saya jumpa dia sekitar jam 6 pagi di rumah kami di Kampung Bukit Kecil, Chalok di sini.

"Kami tidak sempat bercakap kerana dia terus melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Rabu.

Raja Adam berkata, dia dan isterinya belum dikurniakan cahaya mata sepanjang mendirikan perkahwinan selama tujuh tahun.

"Saya telah membuat keputusan untuk menceraikan isteri atas sebab-sebab tertentu, namun proses ini tidak dapat diteruskan kerana dia telah menghilangkan diri.

"Sebutan semula bagi proses penceraian ini pada 27 November depan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai isterinya diminta menghubungi talian 013-6798761.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!