80 warga asing dihantar pulang ke negara asal

Warga asing dihantar pulang dan turut disenarai hitam. - Foto Ihsan Imigresen.
Warga asing dihantar pulang dan turut disenarai hitam. - Foto Ihsan Imigresen.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Negeri Kelantan menghantar pulang 80 tahanan warga asing ke negara asal pada Rabu.

Timbalan Pengarah Imigresen negeri (Pengurusan), Jabatan Imigresen Negeri Kelantan, Nik Akhtrarulhaq Nik Abdul Rahman, berkata, kesemua tahanan terlibat dalam penghantaran pulang itu berusia antara 18 tahun hingga 62 tahun.

“Pelaksanaan operasi pemindahan ini melibatkan seramai 42 lelaki warga Myanmar, 29 lelaki warga Vietnam, lapan perempuan warga Myanmar dan seorang perempuan warga Indonesia.

“Kesemua mereka dihantar pulang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau memberitahu, warga asing terbabit melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Pesalah diperuntukan prosedur pemindahan setelah lengkap dokumen perjalanan dari kedutaan masing-masing dan kemampuan menyediakan tiket pulang ke negara asal.

“Mereka juga disenarai hitam dalam sistem JIM mengikut kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!