'Flat usang busuk, kotor digempur'

Wan Mohammed Saupee memeriksa dokumen warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang, pada Rabu. Foto Sinar Harian
Wan Mohammed Saupee memeriksa dokumen warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang, pada Rabu. Foto Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berbau busuk, kotor dan sangat menjijikkan.

Keadaan itu terbongkar hasil serbuan pada Rabu, di sebuah flat usang berusia lebih 30 tahun di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini, yang dihuni pendatang asing tanpa izin (PATI).

Op Bersepadu KL Strike Force bermula jam 12 tengah hari, dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Polis Kuala Lumpur hasil risikan selama dua minggu.


Sebuah flat usang di Jalan Changkat, Bukit Bintang, diserbu pihak berkuasa pada Rabu. Foto Sinar Harian
Sebuah flat usang di Jalan Changkat, Bukit Bintang, diserbu pihak berkuasa pada Rabu. Foto Sinar Harian

Sinar Harian yang menyertai operasi terbabit mendapati selain gelap, laluan masuk ke flat berbau dengan longgokan sampah dan titisan air daripada saluran paip yang bocor.

Tinjauan juga mendapati, setiap kediaman telah dibina bahagian dinding tambahan untuk dijadikan bilik selain ruangan dapur yang dijadikan tempat tidur.


Warga asing yang ditahan dalam serbuan berkenaan. Foto Sinar Harian
Warga asing yang ditahan dalam serbuan berkenaan. Foto Sinar Harian

Malah, terdapat sambungan elektrik secara haram di bilik yang penuh dengan peralatan memasak dan makanan.

Artikel Berkaitan:

Semasa serbuan, terdapat cubaan warga asing bersembunyi di atas bumbung selain mengunci pintu dari luar kononnya cuba elak dicekup pihak berkuasa.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, tindakan serbuan bangunan enam tingkat melibatkan 30 unit kediaman ini hasil aduan awam yang rasa tidak selesa dengan bau busuk.


Antara penghuni warga asing yang diperiksa JIM dalam serbuan di sebuah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang, pada Rabu. Foto Sinar Harian
Antara penghuni warga asing yang diperiksa JIM dalam serbuan di sebuah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang, pada Rabu. Foto Sinar Harian

"Seramai 71 PATI terdiri daripada 56 lelaki, 13 wanita dan dua kanak-kanak ditahan hasil pemeriksaan 150 warga asing.


Wan Mohammed Saupee bersama DBKL dan Polis Kuala Lumpur dalam sidang akhbar di lokasi serbuan, pada Rabu. Foto Sinar Harian
Wan Mohammed Saupee bersama DBKL dan Polis Kuala Lumpur dalam sidang akhbar di lokasi serbuan, pada Rabu. Foto Sinar Harian

"PATI yang ditahan terdiri daripada 24 Bangladesh, Myanmar (30), Nepal (8), Indonesia (9), Thailand (1) dan Pakistan (1)," katanya kepada pemberita selepas operasi di sini pada Rabu.

Tambahnya, antara kesalahan disyaki ialah tiada dokumen sah, tinggal lebih masa dan guna dokumen palsu.

Anggota DBKL melaksanakan proses runtuhan dinding tambahan haram di unit rumah sebuah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang pada Rabu. Foto Sinar Harian
Anggota DBKL melaksanakan proses runtuhan dinding tambahan haram di unit rumah sebuah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang pada Rabu. Foto Sinar Harian

Beliau berkata, JIM dan DBKL telah melaksanakan tindakan kenal pasti pemilik premis yang memberi sewa kepada PATI dan akan diambil tindakan undang-undang mengikut Akta Imigresen 1959/63.


Keadaan kotor dan berbau busuk di sebuah flat usang di Jalan Changkat, Bukit Bintang. Foto Sinar Harian
Keadaan kotor dan berbau busuk di sebuah flat usang di Jalan Changkat, Bukit Bintang. Foto Sinar Harian

"Kadar sewa ada pelbagai, ada setiap warga asing ini bayar RM100 seorang, ada setiap bilik disewa sehingga RM400 dan bagi seunit kediaman sehingga RM2,000," ujarnya.

Sementara itu, Jurutera Awam Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azmi Mohd Saaid berkata, DBKL 27 unit kediaman didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana membina sekatan dinding tanpa kelulusan.

/>


Ruangan dapur turut dijadikan sebagai tempat tidur warga asing yang menetap di sebuah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang. Foto Sinar Harian
Ruangan dapur turut dijadikan sebagai tempat tidur warga asing yang menetap di sebuah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang. Foto Sinar Harian

"Punca masalah kebersihan ini datang daripada warga asing dan tindakan dilakukan bagi menyelesaikan masalah biar pun tindakan pembersihan pernah dilakukan sebelum ini," katanya.

Salah satu unit rumah di sebuah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang, yang meletakkan jumlah katil yang banyak untuk penempatan warga asing. Foto Sinar Harian
Salah satu unit rumah di sebuah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang, yang meletakkan jumlah katil yang banyak untuk penempatan warga asing. Foto Sinar Harian

Keadaan longgokan sampah di tingkat bawah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang. Foto Sinar Harian
Keadaan longgokan sampah di tingkat bawah flat di Jalan Changkat, Bukit Bintang. Foto Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!