Pameran evolusi transformasi Rapid KL sempena ulang tahun ke-20

Festival Rapid KL dua dekad papar perjalanan Rapid KL sebagai menyediakan perkhidmatan warga kota.
Festival Rapid KL dua dekad papar perjalanan Rapid KL sebagai menyediakan perkhidmatan warga kota.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Evolusi dan transformasi Rapid KL sepanjang dua dekad dipaparkan menerusi menerusi pameran di Festival Rapid KL berlangsung di Raintree Plaza, Tun Razak Exchange (TRX) pada 9 hingga 10 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, program sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu bertujuan mengimbas perjalanan Rapid KL sebagai penyedia perkhidmatan awam penting kepada warga kota.

"Menerusi perjalanan dua dekad ini, Rapid KL terus komited dalam memperkukuh kesalinghubungan pengangkutan awam di Lembah Klang.

"Pelbagai inisiatif dan pencapaian yang dilaksanakan telah memberi impak besar kepada kehidupan warga kota, menjadikan perjalanan harian mereka lebih mudah dan selesa," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Mohd Azharuddin berkata, pelbagai aktiviti menarik bakal menanti pengunjung pada festival itu seperti pameran sejarah Rapid

KL, Projek LRT Laluan Shah Alam (LRT3), reruai Pemeriksaan Awam MRT3 serta reruai rakan-rakan strategik Pas MyTourist.

Katanya, reruai kerjaya bersama Kumpulan Prasarana turut disediakan kepada mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan,

Selain itu katanya, terdapat juga pelbagai aktiviti dan permainan tradisional lain seperti program MyRapid Junior, Malam Muzik Rapid KL dan Akustik Bersama Rapid KL.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, festival turut dimeriahkan dengan Pesta Makanan Rapid KL melibatkan 49 gerai makanan dan minuman daripada peniaga tempatan sebagai memperkukuh inisiatif Rapid KL Support Lokal.

“Kami menjemput semua warga kota mengambil kesempatan ini bersama-sama mengimbas kembali evolusi Rapid KL serta mengunjungi pameran dan reruai yang disediakan.

"Pengunjung digalakkan menaiki perkhidmatan MRT ke Stesen TRX untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menikmati perjalanan lebih lancar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!