9 lokasi rintis Pusat Pemindahan Kekal Bencana dikenal pasti

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada sesi menjawab Perbahasan Belanjawan 2025 sempena Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat ke Tiga Penggal Ke Tiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Rabu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada sesi menjawab Perbahasan Belanjawan 2025 sempena Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat ke Tiga Penggal Ke Tiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah mengenal pasti sembilan lokasi sebagai perintis Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada mangsa bencana di Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, dan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merangkumi dewan penempatan sementara serta kemudahan lain untuk mangsa dan petugas.

Menurutnya, Jika projek rintis itu berjaya, kerajaan bercadang memperluaskan pembinaan PPKB ke seluruh negeri dan daerah berdasarkan zon aktif bencana lima tahun terakhir serta keutamaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JPBN).

"Di Terengganu, PPKB sedang dilaksanakan di SK Banggol Paradong, Kuala Terengganu, dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

"Projek ini ditender pada 15 Oktober 2024 dan ditutup pada 11 November 2024, dengan jangkaan SST pada Disember 2024," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, peruntukan RM600 juta oleh Kerajaan Madani mencerminkan keprihatinan terhadap pengurusan bencana yang lebih baik dan berkesan.

Ia susulan peruntukan hampir RM600 juta disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sebagai persiapan mendepani musibah banjir termasuk lebih RM300 juta yang telah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

"Nadma menyedari pentingnya penilaian keperluan dan analisis kos-faedah (CBA) untuk menilai keberkesanan pelaburan dalam pencegahan dan mitigasi bencana.

Artikel Berkaitan:

"Pengumpulan data kerosakan dan kerugian disemua sektor adalah penting bagi menyediakan maklumat tepat untuk analisis CBA dan memastikan penggunaan sumber yang diperuntukkan secara efektif," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!