Persatuan Haiwan Malaysia kumpul hampir 150 haiwan terbiar

Penuntut UPTM melihat kucing terbiar sempena pameran foto di UPTM.
Penuntut UPTM melihat kucing terbiar sempena pameran foto di UPTM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Haiwan Malaysia berjaya menyelamatkan hampir 150 haiwan termasuk kucing, anjing dan arnab terbiar sama ada dikutip di jalanan atau diberi orang ramai di sekitar Lembah Klang tahun ini.

Presidennya, Dr Arie Dwi Andika berkata, haiwan diselamatkan akan diperiksa terlebih dahulu bagi mempermudahkan proses rawatan lanjut di rumah perlindungan.

“Ada kuota ditetapkan persatuan, jadi memang kena periksa dahulu sama ada berpenyakit atau tidak.

“Selepas dirawat, haiwan ini akan dijual dengan harga berpatutan kepada pencinta haiwan untuk dipelihara.

“Bayaran ini adalah komitmen pembeli dalam melakukan kebajikan membantu binatang termasuk kos perlindungan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pameran Foto: Jiwa Jalanan (Souls of the Street) di Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di sini pada Rabu.

Sharifah Syahirah (empat dari kanan) merasmikan program Pameran Foto: Jiwa Jalanan (Souls of the Street) di UPTM pada Rabu.
Sharifah Syahirah (empat dari kanan) merasmikan program Pameran Foto: Jiwa Jalanan (Souls of the Street) di UPTM pada Rabu.

Terdahulu, program itu dirasmikan Naib Canselor, Profesor Madya Dr Sharifah Syahirah Sy Sheikh.

Arie Dwi berkata, acara anjuran penuntut universiti itu dilihat mampu meningkatkan kesedaran pelbagai pihak terutama mahasiswa terhadap kebajikan haiwan terbiar di bandar.

Artikel Berkaitan:

“UPTM sangat mengambil berat mengenai haiwan jalanan. Jadi, apabila mereka ingin menjalankan pameran ini, sudah tentu ia menjadi kewajipan Persatuan Haiwan Malaysia menyertainya,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketua projek acara berkenaan, Adam Mukhriz Supian berkata, program tersebut dilaksanakan bagi memenuhi syarat pemarkahan subjek Photo Communication yang memerlukan penuntut merakam foto.

Aiman
Aiman

Ujarnya, penuntut memilih haiwan jalanan seperti kucing dan anjing sebagai objek foto masing-masing.

“Tema budaya jalanan dan haiwan terbiar ini dipilih bagi menepis dakwaan bahawa binatang kotor tidak layak disayangi adalah salah.

“Selepas dijadikan sebagai ‘model’, kami akan pastikan haiwan ini diberi makan dan selamat,” katanya.

Tambah Aiman Mukhriz, secara tidak langsung program tersebut mampu membantu badan bukan kerajaan (NGO) meneruskan aktiviti menyelamatkan haiwan jalanan terbiar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!