Tawaran pengurangan kompaun MPS hingga 31 Disember ini
SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sedang mengadakan kempen pengurangan kompaun dengan tawaran diskaun sehingga 80 peratus.
MPS menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, kempen tersebut meliputi kesalahan tempat letak kereta dan kompaun di bawah undang-undang kecil.
Menurutnya,orang awam digalak merebut peluang untuk menjelaskan tunggakan kompaun yang kempen berlangsung selama dua bulan bermula 1 November lalu hingga 31 Disember depan.
"Pengurangan kompaun bermula daripada RM15 bagi kesalahan tempat letak kereta dan diskaun 80 peratus diberikan bagi kompaun berkaitan akta serta undang-undang kecil.
"Bagaimanapun pengurangan kompaun ini tidak terpakai bagi kesalahan bagi tempat letak kereta 2 jam," katanya menerusi kenyataan.
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian hotline 1-300-88-2025 atau Suasa Efektif Cawangan Selayang di talian 03-6127-7595.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!