SPRM beku 11 akaun persendirian, 6 akaun syarikat FashionValet

SPRM bertindak membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik suami isteri pengasas platform e-dagang FashionValet bernilai kira-kira RM1.1 juta.
SPRM bertindak membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik suami isteri pengasas platform e-dagang FashionValet bernilai kira-kira RM1.1 juta.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik suami isteri pengasas platform e-dagang FashionValet bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Menurut sumber, pembekuan tersebut susulan siasatan yang dijalankan SPRM terhadap pasangan tersebut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

"Sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi 'Op Favish' telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan suami isteri itu bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan.

"Selain itu, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan individu penting yang terdiri daripada pegawai kanan Khazanah, PNB, FashionValet, akauntan, penilai syarikat serra introducer," katanya pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada Isnin, SPRM secara serentak telah menyerbu FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Kementerian Kewangan (MoF), Khazah dan PNB serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.

Sementara itu, sumber berkata, SPRM turut menggeledah kediaman pasangan tersebut di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sumber berkata, serbuan di premis pasangan itu dilakukan jam 5.30 petang, selepas mereka hadir ke SPRM Putrajaya kali kedua pada Rabu bagi proses siasatan dan rakaman percakapan.

Artikel Berkaitan:

"Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan tersebut.

"Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan serta seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000," ujarnya.

Dalam pada itu, Azam mengesahkan pembongkaran tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, pasangan tersebut akan hadir lagi ke SPRM Putrajaya pada Khamis jam 10 pagi untuk sambung memberi keterangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!