Kena buli tok kadi, mana pengantin lelaki nak letak muka?

Kisah seorang pengantin lelaki ‘dibuli’ tok kadi ketika majlis pernikahan di sebuah masjid menjadi tular. Gambar hiasan
Kisah seorang pengantin lelaki ‘dibuli’ tok kadi ketika majlis pernikahan di sebuah masjid menjadi tular. Gambar hiasan
A
A
A

KISAH seorang pengantin lelaki ‘dibuli’ tok kadi ketika majlis pernikahan di sebuah masjid menjadi tular. Kalau tak kerana pendedahan seorang pendakwah, isu ini mungkin tidak menjadi panas.

Melihat kepada ruangan komen netizen, rupa-rupanya ramai yang melalui pengalaman sama dibuli tok kadi ketika mahu dinikahkan.

Merak Jalanan juga pernah ada pengalaman sama. Jangan salah faham, bukan Merak Jalanan bernikah tetapi menghadiri majlis akad nikah seorang saudara lelaki.

Bermacam-masam soalan ditanya kepada bakal pengantin lelaki, kononnya nak pastikan dia bersungguh-sungguh untuk berkahwin dan bukan main-main. Merah padam muka nak menjawab.

Merak Jalanan terfikir juga, kalau dia habiskan beribu-ribu ringgit dan bertahun-tahun masa untuk bercinta, takkanlah masih nak main-main lagi.

Merak Jalanan setuju mungkin tok kadi bertanya soalan sekadar untuk menguji pengantin lelaki tentang pengetahuan asas Islam. Tapi, kenalah tengok pada tempat dan kesesuaiannya. Sebenarnya bukan tugas tok kadi pun nak periksa tahap keimanan seseorang bakal pengantin itu pun.

Sudahlah pengantin gementar, mana nak letak muka dengan tetamu-tetamu yang hadir kalau tak dapat jawab soalan diberikan, seolah-olah pengetahuan agamanya cetek.

Perbuatan tok kadi sebegini juga memberi gambaran salah kepada umum kononnya proses akad nikah dalam Islam adalah rumit. Sepatutnya dipermudahkan.

Artikel Berkaitan:

Namun, Merak Jalanan percaya, tidak semua tok kadi yang bersikap begitu. Masih ramai yang bagus-bagus.

Cuma, Merak Jalanan berharap agar isu tok kadi buli pengantin baru-baru ini tidak berulang lagi. Jangan dek kerana kerenah tok kadi menyebabkan anak-anak muda malas nak berkahwin.

Lebih membimbangkan, kalau ramai yang pakat bawa pasangan masing-masing bernikah di negara jiran pula sebab takut nak menghadap tok kadi Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!