Saham Tesla melonjak selepas kemenangan Trump
SAHAM syarikat kenderaan elektrik gergasi, Tesla, mencatatkan peningkatan ketara susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Setakat 4.40 petang waktu tempatan (GMT1640), harga saham syarikat itu naik sekitar 13.3 peratus kepada AS$284.7.
Trump dijangka mengenakan tarif tambahan ke atas barangan import, termasuk kenderaan elektrik (EV), terutamanya dari China.
Situasi ini akan mengukuhkan dominasi Tesla dalam pasaran EV di AS.
Elon Musk, pemilik syarikat itu merupakan seorang daripada penyokong terbesar Trump semasa proses pilihan raya. - Bernama-Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!