Wanita parah dirempuh pemandu sawan

Sebuah kereta hilang kawalan lalu merempuh mangsa di depan rumah di Jalan SW29 Taman Sutera Wangi di Melaka, pada Selasa.
Sebuah kereta hilang kawalan lalu merempuh mangsa di depan rumah di Jalan SW29 Taman Sutera Wangi di Melaka, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita cedera parah akibat dirempuh seorang pemandu wanita dipercayai diserang sawan di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam di sini, pada pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi, wanita berusia 38 tahun itu sedang berkebun di hadapan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, bagaimanapun secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota Yaris dipandu wanita berusia 29 tahun itu telah hilang kawalan ketika melalui Jalan SW 29 lalu merempuh mangsa.

"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit disyaki mengalami sawan menyebabkan kereta dipandu melulu ke arah mangsa.

"Akibat rempuhan itu mangsa terperosok di bawah kenderaan namun berjaya dikeluarkan oleh orang awam ketika polis sampai sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Tambahnya, mangsa yang mengalami patah tangan, kaki, pinggul ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka dan setakat ini kedua-dua pihak belum membuat laporan polis.

Jelasnya, difahamkan ketika kejadian pemandu terbabit bukanlah penduduk di taman berkenaan namun menggunakan jalan itu sebagai jalan pintas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!