Jual kek RM1 buat tampung perubatan anak

Fatin Filza Kamaruddin (kiri), Senyuman Muhammad Mikhail kembali terukir selepas sekian lama didiagnosis sebagai penyakit auto immune, Chrons disease.
Fatin Filza Kamaruddin (kiri), Senyuman Muhammad Mikhail kembali terukir selepas sekian lama didiagnosis sebagai penyakit auto immune, Chrons disease.
A
A
A

PUTRAJAYA - Anak merupakan harga yang tidak ternilai bagi setiap ibu bapa di dunia ini.

Malah, ada ibu bapa yang sanggup berkorban, tidak mengenal penat lelah bagi memastikan yang terbaik dapat diberikan kepada anak mereka.

Itulah yang berlaku kepada keluarga kecil ini, apabila anak sulung mereka, Muhammad Mikhail Ridzuan diuji dengan penyakit auto immune, 'Chrons disease' sejak berusia enam tahun.

Ujar ibu Muhammad Mikhail, Fatin Filza Kamaruddin, anaknya yang kini berusia 11 tahun bergantung sepenuhnya dengan ubat dan makanan tambahan kerana penyakit berkenaan hanya boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan.

Mengimbau kembali saat Muhammad Mikhail didiagnosis penyakit tersebut, Fatin berkata, pada awalnya anak berkenaan mengalami sakit perut dan cirit-birit

"Dia dilahirkan sihat dan sempurna seperti kanak-kanak yang lain namun apabila berusia enam tahun, gejala itu berlaku sehingga terpaksa berulang ke tandas sehingga 20 kali sehari akibat cirit-birit," katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Fatin, penyakit itu dikesan selepas kes anaknya dirujuk kepada Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur.

"Di dalam usus anak saya penuh darah dan ada ulser yang kronik sehingga menimbulkan banyak radang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah ibu kepada empat orang anak ini, pada tahun lalu doktor telah mencadangkannya agar mengambil ubat suntikan, infliximab yang berharga lebih RM29,000 untuk 42 unit yang mana bekalan nya hanya mampu bertahan untuk 22 minggu sahaja.

"Alhamdulillah untuk ubat ini saya mendapat bantuan daripada zakat dan untuk tahun ini, sepatutnya perlu diteruskan tetapi saya minta tangguh kerana mencuba ikhtiar lain dengan pengambilan makanan tambahan," jelas Fatin.

Ujarnya, sejak mengamalkan makanan tambahan yang disarankan oleh rakan terdekat pada Mei lalu, Muhammad Mikhail mula aktif dan kembali ke sekolah.

"Jika dahulu beratnya pernah menjunam kepada 19 kilogram (KG), sekarang sudah 22KG dan boleh bermain bola bersama rakan-rakan," katanya.

Bagi menampung kos makanan tambahan yang berharga RM290 seminggu atau RM1,160 sebulan, Fatin,35, bersama suami, Ridzuan Mohd Isa, 39, menjual kek secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya yang terletak di Jalan Indah 4, Taman Sutera Indah Kelemak, Alor Gajah, Melaka.

Pelbagai pilihan kek yang berharga RM1 dijual Fatin bersama suaminya di hadapan rumah mereka, di Taman Sutera Indah Kelemak, Alor Gajah, Melaka.
Pelbagai pilihan kek yang berharga RM1 dijual Fatin bersama suaminya di hadapan rumah mereka, di Taman Sutera Indah Kelemak, Alor Gajah, Melaka.

"Saya rasa tidak salah untuk mencuba mengambil makanan tambahan kerana saya nampak kesihatan Muhammad Mikhail semakin baik.

"Tetapi inilah yang kami terpaksa usahakan. Suami bancuh kek, saya pula menjualnya di hadapan rumah.

"Ada kalanya, saya mendapat tempahan makanan secara kecil-kecilan daripada jiran terdekat, suami juga ada buat khidmat potong rumput jika ada permintaan," katanya.

Selain pelbagai jenis kek yang dijual pada harga RM1 sepotong, Fatin juga berusaha mendapatkan pendapatan melalui affiliate.

"Wang yang diperoleh hanya cukup-cukup untuk membeli makanan tambahan Muhammad Mikhail, tapi adakalanya tidak cukup.

"Saya cuma berharap mereka menyokong kami dengan membeli kek ini bagi membantu meringankan beban menanggung kos perubatan Muhammad Mikhail," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!