Kemenangan Trump: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3995/4340 berbanding dolar AS daripada 4.4000/4070 ketika ditutup semalam. Gambar hiasan
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3995/4340 berbanding dolar AS daripada 4.4000/4070 ketika ditutup semalam. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini manakala Indeks Dolar AS meningkat kepada 105.009 mata, peningkatan 1.5 peratus daripada penutupan hari sebelumnya.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3995/4340 berbanding dolar AS daripada 4.4000/4070 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS telah mendorong peningkatan permintaan untuk dolar AS dan ekuiti.

Beliau berkata, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun meningkat 16 mata asas kepada 4.43 peratus, memberi pertunjuk mod berisiko dalam pasaran kewangan.

Trump dijangka mengambil 'langkah populis' yang boleh memacu permintaan domestik yang lebih tinggi dan pertumbuhan pendapatan korporat.

Prospek itu menimbulkan persoalan mengenai cara Rizab Persekutuan AS akan menguruskan dasar monetari dalam persekitaran perkembangan ini memandangkan potensi implikasi terhadap hala tuju dasar.

"Justeru, kita boleh menjangkakan mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit, kekal lemah dan diniagakan dalam mod berhati-hati. Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam ini adalah penting kerana peserta pasaran memantau dengan teliti kenyataan yang disertakan mengenai keputusan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Ringgit tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Artikel Berkaitan:

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6674/7119 daripada 5.6751/6841, naik berbanding yen Jepun kepada 2.8500/8727 daripada 2.8558/8606 dan menambah berbanding euro kepada 4.7215/7586 daripada 4.7313/7388.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2997/3258 daripada 3.3073/312, menokok berbanding baht Thailand kepada 12.7907/12.9015 daripada 12.8768/9048 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.56 daripada 7.50/7.51.

Unit tempatan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 277.8/280.1 daripada 277.8/278.4. sebelumnya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!