Kediaman warga asing sekitar Jalan Changkat diserbu
KUALA LUMPUR - Seramai 64 warga asing ditahan hasil serbuan dijalankan di unit kediaman sekitar Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini.
Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), operasi bersepadu terhadap warga asing itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen serta Polis Diraja Malaysia.
Katanya, sebanyak 27 unit kediaman yang melakukan sekatan dalaman untuk dijadikan bilik dikenakan tindakan roboh serta-merta di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
"Kesemua sisa struktur telah dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan.
"Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!