Bapa temui jasad anak perempuan dalam tali air, ibu pengsan

Sepupu-sepupu mangsa menunjukkan tempat kejadian di tali air di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu. Gambar kecil: Ainun Mardiah - FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
Sepupu-sepupu mangsa menunjukkan tempat kejadian di tali air di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu. Gambar kecil: Ainun Mardiah - FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang bapa menemukan sendiri jasad anak perempuannya yang dipercayai lemas selepas motosikal ditunggang gadis itu terbabas ke tali air di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, di sini, pada Rabu.

Ainun Mardiah Azeman, 14, ditemukan Azeman Harun, 56, pada jam 5 petang di dasar tali air sedalam kira-kira semeter berkenaan.

Lebih menghibakan, ibu remaja itu, Roshanita Ahmat, 51, pengsan selepas mendapat perkhabaran terbabit dan dimasukkan ke wad untuk rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini namun sudah sedarkan diri.

Abang mangsa, Ahmad Azizi, 24, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan Ainun Mardiah ketika mengambil remaja itu pulang dari di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kala pada jam 4 petang.

Ahmad Azizi menunjukkan gambar Ainun Mardiah ketika pemberita ditemui di rumahnya di Kota Bharu. - FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
Ahmad Azizi menunjukkan gambar Ainun Mardiah ketika pemberita ditemui di rumahnya di Kota Bharu. - FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.

“Pada 4.40 petang, Ainun Mardiah kemudian keluar semula dengan menunggang sendiri motosikal jenis Yamaha Ego untuk ke kedai runcit dalam jarak hanya 100 meter di depan rumah tetapi tidak pulang.

“Tak lama lepas itu, bapa terima panggilan penduduk beritahu ternampak motosikal milik keluarga kami ada dalam tali air dengan keadaan lampu bernyala dan enjin hidup.

“Bapa bergegas ke tali air dan turun ke dalamnya sebelum terpegang jasad adik yang tertindih di bawah motosikal di dalam air,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah mereka di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, di sini, pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Menurut lelaki itu, Ainun Mardiah dibawa menggunakan kereta bapa mereka ke bahagian kecemasan Klinik Kesihatan Peringat dan diberi bantuan pernafasan selama setengah jam.

“Doktor bagaimanapun mengesahkan Ainun Mardiah sudah meninggal dunia.

“Jenazahnya dibawa ke Unit Forensik Hospital USM menggunakan kenderaan polis yang tiba selepas itu,” katanya.

Tambah Ahmad Azizi, mangsa anak ke sembilan daripada 10 beradik itu seorang yang pendiam dan dilihat kerap mengelamun kebelakangan ini.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pangkal Pisang selepas selepas bedah siasat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!