Elak jadi seperti burung kakak tua bila lafaz ikrar bebas rasuah - Ikram

Penguat kuasa dan kakitangan agensi kerajaan yang melaungkan ikrar bebas rasuah diingatkan agar tidak menjadi seperti ‘burung kakak tua’ yang hanya bijak bercakap tetapi tidak memahami isi disebutkan. Gambar hiasan (Gambar kecil: Zainal Adnan Abdul Halim)
Penguat kuasa dan kakitangan agensi kerajaan yang melaungkan ikrar bebas rasuah diingatkan agar tidak menjadi seperti ‘burung kakak tua’ yang hanya bijak bercakap tetapi tidak memahami isi disebutkan. Gambar hiasan (Gambar kecil: Zainal Adnan Abdul Halim)
A
A
A

SHAH ALAM - Penguat kuasa dan kakitangan agensi kerajaan yang melaungkan ikrar bebas rasuah diingatkan agar tidak menjadi seperti ‘burung kakak tua’ yang hanya bijak bercakap tetapi tidak memahami isi disebutkan.

Yang Dipertua Ikram Kuala Lumpur, Zainal Adnan Abdul Halim berkata, ikrar yang dilafaz tidak berguna sekiranya anggota itu enggan melakukan sesuatu untuk berubah membanteras rasuah.

“Kena seiring dengan apa yang dilafaz. Ikrar ni bagus ia boleh beri motivasi kepada penguat kuasa dan kedua dari segi pengurusan mereka mesti ada satu polisi tegas untuk pastikan anggotanya serius menjalankan tugas.

“Contohnya dengan melakukan pelbagai inisiatif seperti kursus, taklimat keselamatan dan pemberian bonus kepada anggota.

"Mereka juga perlu mencontohi Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setiap bulan untuk membincangkan isu-isu terkait,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor melaungkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi membentuk tadbir urus yang baik dalam usaha memerangi gejala rasuah menerusi.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, pihaknya akan memberi komitmen sepenuhnya dalam usaha memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam agensi itu.

Mengulas lanjut, Zainal Adnan berkata, sebagai agensi yang banyak berurusan dengan masyarakat khususnya warga asing, risiko rasuah melibatkan kakitangan JIM amat besar.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, menjadi tanggungjawab mereka memastikan negara bersih daripada sebarang imej buruk.

“Jika sikap buruk ditunjukkan, maka buruklah imej negara kita.

“Bukan itu sahaja, pelabur juga mungkin takut untuk melabur dalam negara disebabkan jenayah rasuah,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!