Gunung Marapi Indonesia meletus
JAKARTA - Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat, Indonesia meletus pada pagi Khamis dan menghamburkan abu setinggi 800 meter ke udara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, lapor Xinhua.
Letusan berlaku pada jam 8.54 pagi waktu Jakarta, dengan abu tersebar ke arah timur dan timur laut kawah.
Penduduk setempat diminta mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 4.5 kilometer dari kawah.
Mereka yang tinggal di sepanjang sungai yang berpunca dari lereng gunung turut dinasihatkan agar berwaspada terhadap kemungkinan aliran lahar semasa hujan lebat.
Gunung Marapi merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!