MDA rangka strategi suburkan integriti

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia Rasuah Busters, Nurhayati Nordin (empat dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MDA, Dr P Muralitharan (lima dari kiri) bersama pegawai kanan MDA dan jemputan di Hari Integriti Nasional Peringkat MDA di sini pada Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia Rasuah Busters, Nurhayati Nordin (empat dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MDA, Dr P Muralitharan (lima dari kiri) bersama pegawai kanan MDA dan jemputan di Hari Integriti Nasional Peringkat MDA di sini pada Khamis.
A
A
A

CYBERJAYA - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) merangka beberapa strategi bagi memastikan integriti dan nilai murni dalam kalangan kakitangan dan pegawai atasannya terus menyubur.

Ketua Pegawai Eksekutif MDA, Dr P Muralitharan berkata, pihaknya sentiasa berusaha memperbaiki tata kelola khususnya berkaitan polisi dalaman dan program pengukuhan integriti dengan lebih berfokus serta bersasar.

"Bermula dengan pengenalan Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) tahun depan," katanya ketika berucap di Hari Integriti MDA, di sini pada Khamis.

Ujar beliau, MDA turut mengambil langkah dengan menubuhkan Jawatankuasa Tata Kelola (JTK) seiringi agenda reformasi perkhidmatan awam.

"Kami akan sentiasa berusaha memastikan MDA kekal berada antara agensi kerajaan berisiko sederhana atau rendah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MDA, Dr P Muralitharan.
Ketua Pegawai Eksekutif MDA, Dr P Muralitharan.

Menurut Dr Muralitharan, kejayaan salah seorang pegawainya, Noor Arifah Abdul Latif yang menamatkan kursus Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) merupakan salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) dalam Pelan Antirasuah Organisasi Kementerian Kesihatan (KKM).

Artikel Berkaitan:

"Saya menyeru kepada semua warga kerja MDA untuk terus melipatgandakan usaha dan integriti dalam menjalankan setiap amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya.

"Pastinya dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuat kuasa pada 1 Disember ini akan menuntut perkhidmatan terbaik seperti yang diharapkan oleh kerajaan dan rakyat di luar sana," katanya.

Pada perkembangan berkaitan, beliau berkata, MDA telah meluluskan 13,200 permohonan pelesanan peranti perubatan bagi tempoh Januari hingga September lalu.

Sebanyak empat serbuan dan sitaan penguatkuasaan dengan nilai lebih RM700,000 telah direkodkan bagi tempoh sama.

"MDA juga telah selesai dalam menghadapi dua kes pendakwaan terhadap establismen dengan jumlah hukuman lebih daripada RM200,000 yang memihak kepada kami," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, MDA dilihat agresif mempamerkan usaha dalam mempertingkatkan integriti warganya.

Ujarnya, tanda awal keruntuhan nilai dan integriti perlu dikesan agar ia boleh dirawat pada peringkat awal.

"Sebelum ia menjadi parah, kita 'rawat' tanda-tanda awal dan jangan cuba uji undang-undang," kata beliau ketika menyampaikan ceramah sempena Hari Integriti Nasional Peringkat MDA, di sini.

Program yang disertai oleh 160 warga kerja MDA turut dihadiri Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM, Noryanti Abd Aziz.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!