Aaron-Wooi Yik teruskan kemaraan di Masters Korea

Aaron (kanan)-Wooi Yik meneruskan kemaraan di Terbuka Korea.
Aaron (kanan)-Wooi Yik meneruskan kemaraan di Terbuka Korea.
A
A
A

BEREGU utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Masters Korea di Iksan Gymnasium, Iksan pada Khamis.

Aaron-Wooi Yik yang tampil dengan status pilihan pertama kejuaraan Super 300 edisi ke-16 itu tidak berdepan masalah menyingkirkan gandingan tuan rumah, Ko Sung-hyun-Shin Baek-cheol.

Bagaimanapun set pertama beregu nombor enam dunia itu memulakan permainan agak perlahan apabila ditinggalkan Sung-hyun-Baek-cheol sebelum bangkit menang 21-18.

Set kedua Sung-hyun-Baek-cheol dengan sokongan penyokong-penyokong tempatan berusaha kembali memberi saingan namun terpaksa akur tewas 17-21 straight set dalam aksi 32 minit.

Sementara itu, hasrat wakil perseorangan lelaki negara, Kok Jing Hong untuk meneruskan kemaraan tidak kesampaian setelah pemain nombor 113 dunia itu dijinakkan wakil Jepun, Takuma Obayashi, 20-22, 14-21 dalam tempoh 39 minit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!