Salji pertama landa wilayah al-Jawf Arab Saudi

Pemandangan menakjubkan itu turut dikongsi di media sosial. Foto Agensi
Pemandangan menakjubkan itu turut dikongsi di media sosial. Foto Agensi
A
A
A

RIYADH - Ketika kebanyakan negara berdepan cuaca panas ekstrem, wilayah al-Jawf di Arab Saudi mengalami salji pertama, sekali gus menukar landskap gurun gersang kepada 'kawasan ajaib' musim sejuk.

Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara Teluk itu.

Menurut laporan Khaleej Times, cuaca sedemikian telah mencetuskan salji yang menyelubungi kawasan padang pasir.

Pemandangan menakjubkan itu turut dikongsi di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Ketika ini, jabatan cuaca di Riyadh telah mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk tempoh beberapa hari akan datang.

Ramalan kaji cuaca menjangkakan ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang yang mungkin membahayakan penduduk. - Agensi

@sinarharianonline

Ketika kebanyakan negara berdepan cuaca panas ekstrem, wilayah al-Jawf di Arab Saudi mengalami salji pertama, sekali gus menukar landskap gurun gersang kepada 'kawasan ajaib' musim sejuk. Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara Teluk itu. Menurut laporan Khaleej Times, cuaca sedemikian telah mencetuskan salji yang menyelubungi kawasan padang pasir. Muzik: Folkloric - Wicked Cinema dari Soundstripe #SinarHarian #fyp #ArabSaudi #Salji

original sound - Sinar Harian

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!