Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas

Sebuah lori pengangkut ATM yang membawa kenderaan perisai terbabas di Kilometer 35.2 dari Genting Sempah ke Gombak, Selangor pada Khamis.
Sebuah lori pengangkut ATM yang membawa kenderaan perisai terbabas di Kilometer 35.2 dari Genting Sempah ke Gombak, Selangor pada Khamis.
A
A
A

GOMBAK - Sebuah lori pengangkut Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa kenderaan perisai terbabas di Kilometer (KM) 35.2 arah barat dari Genting Sempah ke Gombak, di sini pada Khamis.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di Facebook rasminya dilaporkan berkata, maklumat awal diterima jam 4.48 petang.

"Lorong kanan arah timur terhalang dan trafik bergerak perlahan.

"Fokus dan berhati-hati semasa memandu," kata kenyataan itu pada Khamis.

Berdasarkan rakaman video yang tular, sebuah trak membawa aset pasukan ATM tersebut terbabas sehingga hampir menghalang laluan bertentangan.

Bagaimanapun setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung insiden terbabit dimaklumkan.

Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak polis berhubung insiden terlibat.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Kemalangan melibatkan treler membawa kenderaan perisai milik Tentera Darat Malaysia (TDM) terbabas di KM35.2 menjadi punca kesesakan di kedua dua arah antara Genting Sempah dan Gombak petang ini. Lorong kanan di kedua-dua arah masih terhalang. Info lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa. #SinarHarian #fyp #TDM #Kemalangan #GentingSempah #LebuhrayaKlKarak

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!