Isu FashionValet: Tiada sitaan dalam serbuan di rumah kedua Vivy
PUTRAJAYA - Tiada sebarang sitaan dibuat pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas menyerbu rumah kedua pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof pada Khamis.
Sumber berkata, pasukan siasatan suruhanjaya itu bertindak 'menggeledah' rumah kedua tersebut pada petang Khamis, selepas Vivy dibawa keluar dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya jam 4.00 petang.
Kata sumber, setelah berpuas hati dengan siasatan dijalankan di rumah kedua itu, pasukan penyiasat bergerak pulang dan tiba di ibu pejabat sekitar jam 8.15 malam.
"Untuk makluman, Datin Vivy dalam perjalanan pulang ke SPRM.
"Beliau dijangka sampai sekitar jam 8.15 malam," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurut sumber lagi, rakaman percakapan dan siasatan lanjut berhubung kes FashionValet akan disambung lagi pada malam ini.
Katanya, proses tersebut dijangka selesai sekitar jam 10 malam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!