Dulu memasak hanya hobi, kini jadi chef pastri

Noor Azlina (dua kanan) ketika menjadi tenaga pengajar pembuatan roti di Bahau.
Noor Azlina (dua kanan) ketika menjadi tenaga pengajar pembuatan roti di Bahau.
A
A
A

JEMPOL - Gemar berkongsi menu masakan di media sosial sehingga mendapat sambutan luar jangka menjadi titik tolak kepada seorang suri rumah di sini menjadikan bidang kulinari sebagai kerjayanya sejak 12 tahun lalu.

Noor Azlina Mohd Arifin, 43, berkata, lebih selesa 'berkarya' dari rumah dengan memberi fokus dalam pembuatan pastri dan bakeri sekali gus membolehkannya menguruskan tiga anaknya yang masih bersekolah.

Noor Azlina turut mengusahakan pelbagai jenis kuih raya.
Noor Azlina turut mengusahakan pelbagai jenis kuih raya.

Katanya, segalanya bermula apabila dia sering membuat posting mengenai kek coklat lembab dan keju leleh yang diolahnya sebelum membuka tempahan untuk rakan dan kenalan Facebooknya.

"Saya memang gemar memasak sebab ia seperti satu kepuasan terutamanya ketika melihat keluarga dan rakan-rakan menikmati masakan kita.

"Daripada saya tidak mempunyai apa-apa sijil ataupun kelayakkan dalam bidang masakan, kini pelbagai sijil dan kursus saya sertai bagi memperbanyakkan ilmu serta kemahiran dalam bidang ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Bahau pada Khamis.

Katanya, justeru berharap apa yang diusahakannya itu berkekalan dan sentiasa mendapat tempat dalam kalangan orang ramai kerana mengakui bidang perniagaan ada turun naiknya.

Artikel Berkaitan:

Noor Azlina ketika menyiapkan bungkusan meatballnya yang tular.
Noor Azlina ketika menyiapkan bungkusan meatballnya yang tular.

"Bagaimanapun saya bersyukur dapat berada di tahap sekarang sebab bukan mudah dan pengalaman berniaga sewaktu zaman Covid-19 lah yang tidak akan saya lupakan.

"Ketika itu jualan saya tular sehingga tidak cukup tangan, antaranya meatball, durian crepe, bako ubi dan chicken grill. Tambahan pula semua kedai tutup susulan perintah kawalan pergerakan (PKP)," katanya.

Noor Azlina berkata, tidak pernah putus asa belajar menu baharu dan tular sesuai dengan keadaan semasa.

"Baru-baru ini saya cuba jual fufu iaitu makanan ruji masyarakat-masyarakat banyak negara Barat dan Tengah Afrika dengan mengolahnya sesuai dengan selera masyarakat kita.

Noor Azlina menunjukkan antara masakan dan jualan yang dikongsi di Facebook.
Noor Azlina menunjukkan antara masakan dan jualan yang dikongsi di Facebook.

"Alhamdulillah ia ada peminatnya tersendiri dan menjelang Tahun Baharu Cina nanti permintaan kerepek ngaku pula yang sudah masuk dalam senarai sebab hanya musim perayaan itu sahaja ngaku ini ada," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!