Lelaki jual kain kafan online laku 'keras'
JAKARTA - Seorang lelaki di Bandung, Jawa Barat mencuit hati netizen dengan gelagatnya apabila menjual kain kafan dalam talian di media sosial Instagram dan TikTok, lapor detik.com
Baru-baru ini, Yoka membuka perniagaan kain kafan yang berjenama Kafani yang mengkhususkan penjualan kelengkapan jenazah yang dikatakannya tidak pernah dilihat dijual di media sosial.
"Saya memulakan perniagaan ini kerana bimbang segelintir orang ramai sukar mencari kelengkapan jenazah apabila berlaku kematian, misalnya pada waktu malam.
"Kebimbangan lain ialah ada juga dikalangan mereka tidak mahir mengendalikan jenazah saudara mara mereka," katanya.
Yoka juga berkata, dia juga berdakwa dengan mengajak orang ramai menitik beratkan hal-hal berkaitan pengurusan jenazah.
"Sebenarnya kita terlalu jahil dan tidak faham. Dalam Islam, kita disyorkan supaya kain kafan dibeli daripada harta si mati. Kita terlalu jahil dan tidak tahu bahawa menjaga jenazah itu besar pahalanya. Melalui Kafani ini, mudah-mudahan ia dapat menjadi jalan untuk kita berdakwah,” jelas Yoka.
Selain menjual kain kafan, Kafani turut menjual semua peralatan berkaitan pengurusan jenazah.
"Ramai tidak tahu mengenai peralatan harus disediakan untuk jenazah walaupun seperti kita tahu kapur barus, kain samping, kapas, tuala, minyak wangi mayat. serbuk bidara, gunting, dan sebagainya," katanya.
Minggu lepas, Yoka mengadakan sesi jualan langsung melalui TikTok. Secara keseluruhan, daripada lima siaran langsung, dia mendapat banyak maklum balas positif daripada netizen.
Katanya, ramai yang memandang serius persiapan mengendalikan jenazah, tetapi tidak ramai yang membuat komen bergurau.
Sejak awal memasarkan produknya, Yoka sentiasa menjelaskan semua kaedah pengurusan jenazah dengan serius.
Namun, ribuan netizen membalas dengan pelbagai soalan pelik dan dia sesekali tidak menyangka produknya telah menjadi tular di seluruh Indonesia. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!