Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Saman Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta

08 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat memerintahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah bekas Menteri Kewangan itu berhubung isu menyalahgunakan kuasa dalam isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub.

Pada 27 Mac tahun lepas, Guan Eng memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Facebook yang melibatkan beliau berhubung isu tersebut pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695389/berita/semasa/fitnah-muhyiddin-diperintah-bayar-guan-eng-rm135-juta

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #MuhyiddinYassin #GuanEng #Mahkamah #SamanFitnah