Warga Myanmar maut terperangkap dalam kebakaran
MUAR - Seorang warga Myanmar maut dalam kebakaran sebuah rumah di Bukit Bakri di sini, pada Khamis.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Baharuddin Ab. Rahman dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran berkenaan sekitar jam 8.28 malam.
Katanya, satu pasukan melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) satu unit jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan satu jentera water tanker dengan 17 anggota dihantar ke lokasi.
“Setibanya ke lokasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenias separuh kekal seluas 20 x 70 kaki persegi telah terbakar dengan anggaran 90 peratus struktur rumah musnah.
“Terdapat terdapat seorang mangsa lelaki dikenali sebagai Hein Htet, 26, warga Myanmar yang terperangkap dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri apabila api merebak dengan cepat,” katanya.
Menurutnya, bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya sekitar jam 8.50 malam, dan operasi pemadaman tamat pada jam 10.57 malam.
"Ketika ini, siasatan masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kebakaran," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!