Anggota MALBATT askar terlatih, sedia hadapi cabaran - Khaled Nordin

Pasukan pengaman Unifil yang cedera diberikan rawatan di lokasi kejadian. FOTO AFP
Pasukan pengaman Unifil yang cedera diberikan rawatan di lokasi kejadian. FOTO AFP
A
A
A

SHAH ALAM - Anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang mengikuti misi pengaman di Lubnan merupakan askar terlatih, bukannya rakyat biasa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pasukan terlibat juga memahami dengan jelas cabaran yang akan dihadapi dalam penugasan masing-masing.

"Pasukan yang kita hantar ini memang merupakan tentera kita dan itu (situasi konflik) cabarannya.

"Memang betul kita tidak mahu berlaku apa-apa insiden yang memudaratkan atau keadaan yang tidak diingini tetapi mereka (anggota MALBATT) adalah kumpulan yang terlatih.

"Askar yang memang faham dan bersedia dengan apa-apa cabaran (sebab) mereka bukan rakyat biasa-biasa," katanya ketika temu bual di Bernama Radio pada Jumaat.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, seramai enam anggota MALBATT disahkan mengalami kecederaan susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah pada jam jam 1.54 tengah hari waktu tempatan.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan memaklumkan letupan tersebut telah menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut, namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota keselamatan itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terkini enam anggota MALBATT yang terlibat dengan insiden serangan berkenaan, beliau berkata, seorang daripada mereka kini masih mendapatkan rawatan di hospital.

Ujarnya, lima anggota yang mengalami cedera ringan pula meneruskan konvoi dan bergerak ke kem MALBATT.

"Seorang yang cedera itu masih dalam rawatan untuk menentukan kecederaan sebenar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!