Jaguh muay thai pasang impian tinggi

Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (dua dari kiri) bersama Hafiz di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (dua dari kiri) bersama Hafiz di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

PETINJU muay thai Kelab Kuda Merah PDRM, Nik Muhammad Arif Nik Kahar atau lebih dikenali dengan gelaran Dikngah Lelayang Putih menyimpan hasrat mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa suatu hari nanti.

Pada Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Kementerian Wilayah Persekutuan-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KWP-DBKL) yang berakhir di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, Nik Muhammad Arif berjaya merangkul tali pinggang Menteri Wilayah selepas menumbangkan Mohd Fadhir Ikwan Sidi yang mewakili Kelab Muay Thai Seledang Kuning Bachok Kelantan.

“Saya mula terlibat dengan sukan muay thai sejak berusia 12 tahun dan pernah bertanding dalam satu kejohanan di Iran. Sejak itu, saya mula menyimpan hasrat untuk bertanding pada kejohanan antarabangsa lain.

"Saya juga berharap dapat merealisasikan impian untuk beraksi pada Sukan SEA atau Sukan Olimpik suatu hari nanti. Saya akan terus berusaha bagi mencapai impian itu," kata anggota polis dari Tanah Merah, Kelantan itu.

Petinju TUDM Muaythai Gelanggang Ayah Mie Subang, Mohd Hafiz Deris atau digelar Apis Pagar Besi menyambar tali pinggang Sinar Harian selepas menidakkan cabaran Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya.

“Saya berdepan lawan yang sukar. Alhamdulillah saya menang juga akhirnya. Memang saya akui pertarungan ini agak sukar, mujurlah saya boleh atur semula ‘permainan’ saya dan tunggu peluang untuk buat pukulan balas,” jelas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Tali pinggang DBKL pula menjadi milik Aqeel yang mewakili Kelab Papajaya Synergy Pro DSS XT-Cool selepas mengalahkan petinju Kelab Muay Thai Singha Phuket Thailand, Phin Phet.

Seramai 24 petinju mengambil bahagian pada kejohanan kali ini yang turut menampilkan peserta luar negara dari Thailand dan Filipina bagi merebut 12 tali pinggang yang ditawarkan.

Artikel Berkaitan:

Kejohanan selama dua hari itu anjuran Kelab Muay Thai Kuda Merah dengan kerjasama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dan DBKL sempena Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Kejohanan kali ini menerima penajaan beberapa pihak antaranya, A' Aura Beauty, Target Security, Along Project, Pin Mayana, Kuda Merah Tomyam, Tafadhdal Security serta akhbar Sinar Harian.

Hafiz menjuarai tali pinggang Sinar Harian. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Hafiz menjuarai tali pinggang Sinar Harian. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!