DBKL tutup restoran kotor sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR - Restoran yang tidak menjaga kebersihan sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara di sini diambil tindakan penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL memaklumkan, tindakan khas dijalankan itu turut menumpukan barangan perniagaan yang diletakkan di tempat awam.
Menurutnya, sebanyak 12 premis telah dikenakan pindah halangan melibatkan barangan-barangan perniagaan yang diletakkan di tempat awam.
"Selain itu, penutupan serta-merta telah dikenakan terhadap premis makanan yang tidak menjaga kebersihan.
"Tindakan diambil di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penempatan Makanan (WPKL) 2016, " katanya menurut perkongsian di Facebook pada Jumaat.
Katanya, barangan yang diangkut dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
Ujar DBKL, pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.
Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan https://adukl.dbkl.gov.my/.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!