Coway BEREX perkenal rangkaian produk kerusi, katil urut

Trak Coway BEREX bakal ke beberapa pusat beli-belah pada November ini, bagi membolehkan orang ramai meneroka rangkaian pertama produk itu.
Trak Coway BEREX bakal ke beberapa pusat beli-belah pada November ini, bagi membolehkan orang ramai meneroka rangkaian pertama produk itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Peneraju global dalam industri perkakas rumah, Coway Malaysia meraih pencapaian baharu dengan pelancaran jenama kesihatan dan istirahat berinovatif iaitu Coway BEREX.

Coway Malaysia dalam satu kenyataan berkata, jenama kesihatan itu mempunyai misi penting untuk meningkatkan tahap berehat di kediaman rakyat Malaysia dengan memperkenalkan dimensi baharu keselesaan untuk semua.

Menurutnya, berlandaskan inovasi sebagai teras kepada ciptaan, rangkaian pertama produk memperkenalkan kerusi urut ‘Pebble’ dan ‘Mine’ serta katil urut yang inovatif.

“Pebble tersedia dalam beberapa warna seperti kelabu mistik, beige gurun, biru sayup dan merah jambu terracotta.

“Ia merupakan sebuah kerusi urut hibrid dengan reka bentuk kepompong yang menawarkan 11 mod urutan dengan penggelek urut tiga dimensi (3D) boleh dilaras bagi urutan lebih kuat,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Mengulas mengenai Mine, Coway Malaysia memberitahu, ia kerusi urut kompak pertama di Malaysia yang menawarkan terapi urut lutut ke betis boleh diubah dengan 12 mod urutan.

Tambah kenyataan itu, kerusi urut tersebut boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu beige champagne, perang mawar dan hitam mewah.

Peneraju perkakas rumah tersebut turut menerangkan fungsi katil urut yang dikeluarkan oleh Coway BEREX.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia menawarkan urutan seluruh badan bertenaga tinggi dengan konsep trek urutan rata sepanjang 90 sentimeter (cm).

“Katil urutan ini mempunyai 30 mod urutan menerusi pilihan 12 tahap kekuatan, kusyen urut dengan haba bagi lebih keselesaan serta sistem urutan termal 3D yang canggih dengan penggelek dihangatkan dan kedudukan penggelek boleh laras bagi kelegaan sasaran,” ujar kenyataan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, Coway BEREX berhasrat untuk mencipta ruangan harmoni yang mampu mengubah kediaman masyarakat menjadi selesa dan menyegarkan.

Jelas beliau, hal itu mengukuhkan kepercayaan pihak syarikat bahawa kepentingan rehat yang berkualiti mampu untuk mengembalikan jiwa baharu.

Pada November ini, Coway BEREX akan mengadakan lawatan trak berpengalaman di beberapa lokasi seperti Publika, Tun Razak Exchange (TRX), Lot 10 dan Desa Park City.

Menerusi lawatan itu, orang ramai berpeluang untuk meneroka ‘revolusi dalam istirahat’ Coway BEREX dengan mencuba rangkaian pertama produk tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!