Kembalinya Donald Trump ke Rumah Putih sebagai Presiden Amerika Syarikat mencetus reaksi pelbagai di seluruh dunia - ada yang meraikan, tidak kurang yang berasa bimbang.Kemenangan besar calon Republikan itu bukan sahaja merebut kerusi presiden, bahkan berkemungkinan menguasai Dewan Senat dan Dewan Perwakilan; menjadikannya cukup berkuasa untuk mencorak Amerika Syarikat, malah dunia.