Tiada perang lain jadikan wanita, kanak-kanak sasaran seperti di Gaza - Erdogan

Recep Tayyip Erdogan
Recep Tayyip Erdogan
A
A
A

ISTANBUL - Tiada perang lain yang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran secara langsung seperti yang berlaku dalam genosid yang berterusan di Gaza, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat, menurut laporan Agensi Anadolu (AA).

"Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak," kata Erdogan ketika berucap pada Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita dan Keadilan di ibu kota komersial Turkiye, Istanbul.

Beliau berkata, Ankara akan terus menyokong 'saudara' mereka di Gaza dan Lubnan, yang kedua-duanya dikepung oleh serangan Israel, sehingga pembunuhan beramai-ramai dihentikan dan gencatan senjata serta keamanan dapat diwujudkan.

Erdogan berkata beliau 'amat yakin' Donald Trump, yang minggu ini kembali menguasai White House selepas empat tahun, akan mengambil 'langkah-langkah perlu untuk menamatkan peperangan', sambil menyuarakan harapan agar perkara itu berlaku. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!