Asyraf Wajdi terjah MRSM Muar pula
SHAH ALAM - Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar, Johor menerima kejutan dengan kehadiran Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Jumaat.
Beliau yang sebelum itu menghadiri program UMNO di Batu Pahat, singgah solat Maghrib di sekolah berkenaan.
Asyraf juga mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan pelajar.
"Selesai program UMNO di Batu Pahat, singgah solat Maghrib di MRSM Muar. Sempat menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar sebelum melakukan tinjauan ke asrama, tandas dan dewan selera.
"Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan yang baik.
"Peruntukan RM200,00 yang saya dan Ahli Majlis MARA luluskan awal tahun ini bagi menambah baik tandas-tandas asrama juga nampaknya hampir siap dan diselenggarakan dengan baik," katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.
Asyraf sering kali melakukan tinjauan mengejut di MRSM di seluruh negara bagi memastikan kebajikan pelajar dan guru sentiasa terbela.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!