Pengawal lalu lintas sekolah cedera dilanggar kereta

Pengawal lalu lintas sekolah yang dilanggar dalam kemalangan tersebut.
Pengawal lalu lintas sekolah yang dilanggar dalam kemalangan tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pengawal lalu lintas sekolah cedera setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di hadapan sebuah sekolah di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan tersebut selain turut menerima paparan yang dimuat naik melalui laman sosial facebook Community Roda Johor (CRJ) mengenai kemalangan berkenaan.

"Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 1.40 petang, Khamis ketika pemandu kereta iaitu seorang wanita warga tempatan berusia 40 tahun memandu dari Taman Molek menghala ke Taman Ehsan Jaya.

"Ketika tiba ke lokasi, pemandu tersebut telah terlanggar seorang lelaki warga tempatan berusia 69 tahun yang merupakan seorang pengawal lalu lintas sekolah.

"Akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan telah menerima rawatan di hospital," katanya.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) berkaitan dengan kesalahan lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!