Geng Castelo kutip RM2,300 seludup migran

Polis berjaya menggagalkan cubaan keluar bot membawa migran asing di perairan Tanjung Karang, pada Rabu.
Polis berjaya menggagalkan cubaan keluar bot membawa migran asing di perairan Tanjung Karang, pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Geng Castelo yang mengenakan bayaran sehingga RM2,300 kepada setiap migran untuk pulang ke negara asal secara haram tumpas dalam dua siri serbuan di Tanjung Karang dan Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Op Pintas berasingan itu dijalankan sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Serbuan secara bersepadu itu berjaya menangkap 64 warga Indonesia yang mempunyai pelbagai peranan dalam sindiket.

Soffian
Soffian

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan pertama pada Rabu, dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengesan sebuah bot pancung dan sampan di jarak 0.5 batu nautika Pantai Sungai Bagan Tengkorak, Tanjung Karang.

Katanya, seramai 36 migran warga Indonesia terdiri daripada 19 lelaki, 14 wanita dan tiga kanak-kanak berusia 2 hingga 48 tahun telah ditahan kira-kira jam 6 petang.

"Polis turut menahan dua lelaki Indonesia berperanan sebagai tekong," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam serbuan kedua pada Khamis, D3 Atipsom Bukit Aman dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor bertindak menggempur sebuah rumah di Kundang, Rawang.

Artikel Berkaitan:

Sebuah rumah dipercayai dijadikan sebagai transit migran asing di Rawang, diserbu pada Khamis.
Sebuah rumah dipercayai dijadikan sebagai transit migran asing di Rawang, diserbu pada Khamis.

Beliau berkata, serbuan kira-kira jam 6 petang berjaya menahan 26 warga Indonesia membabitkan 20 lelaki, lima wanita serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 hingga 49 tahun.

Tambahnya, siasatan awal mendapati 26 tangkapan merupakan migran, manakala dua lagi masing-masing berperanan sebagai pembantu transporter serta penjaga rumah transit.

Mengulas lanjut, kata Soffian, siasatan mendapati dua serbuan terbabit membabitkan sindiket yang sama iaitu Geng Castelo yang dipercayai aktif sejak enam bulan lalu.

Antara warga Indonesia yang ditahan di perairan Tanjung Karang, pada Rabu.
Antara warga Indonesia yang ditahan di perairan Tanjung Karang, pada Rabu.

"Migran yang ditahan tidak mempunyai dokumen sah dan mahu keluar dari Malaysia melalui jalan laut.

"Setiap migran dipercayai membayar RM1,500 hingga RM2,300 untuk keluar dari Malaysia yang dibayar kepada ejen di Indonesia," ujarnya.

Tegasnya, kesemua tangkapan masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan IPD Sungai Buloh.

Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 26A Akta Atipsom 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!