Status Rice masih samar

Rice antara tonggak utama Arsenal musim ini. Foto: Agensi
Rice antara tonggak utama Arsenal musim ini. Foto: Agensi
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui masih samar dengan status pemain tengah Declan Rice bersama The Gunners menjelang Derbi London Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Chelsea di Stadium Stamford Bridge, awal pagi Isnin.

“Saya menjadi sangat samar mengenai perkara itu kerana tidak ada kejelasan, sama ada dia akan cergas atau sebaliknya untuk hujung minggu.

“Dia masih belum berlatih lagi dan belum jelas lagi sama ada dia akan tersedia untuk ke Stamford Bridge,” kata Arteta.

Biarpun bekas pemain Arsenal itu tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai kecederaan tonggak England berusia 25 tahun itu, media tempatan melaporkan Rice dijangka bermain menentang Chelsea.

Setelah mengalami kecederaan tumit semasa kekalahan Arsenal 0-1 kepada Newcastle United dalam Liga Perdana Inggeris di St James’ Park hujung minggu lalu, Rice terlepas kunjungan ke Inter Milan dalam Liga Juara-Juara ketika The Gunners tewas dengan jaringan yang sama.

Pengendali Sepanyol itu juga mengunci mulut mengenai status kapten Martin Odegaard dalam kesebelasan utama.

Pemain tengah Norway, 25, sebelum ini turun dari bangku simpanan ketika menentang Inter di San Siro dalam aksi Liga Juara-Juara selepas dua bulan diketepikan akibat kecederaan buku lali.

Artikel Berkaitan:

“Semua orang yang berada dalam skuad akan cergas dan bersedia untuk memulakan permainan.

“Biarpun begitu adalah masih terlalu awal untuk melihat sama ada bersedia atau sebaliknya.

“Kami perlu menunggu untuk melihat bagaimana mereka bertindak balas. Kai merupakan satu tamparan hebat.

"Mikel tidak berasa hebat dan kami memutuskan menggantikannya pada separuh masa menentang Inter,” kata Arteta, sebelum membincangkan ketersediaan penyerang Kai Havertz dan pemain tengah Mikel Merino.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!