Alexander-Arnold mungkin tinggalkan Liverpool
RUNDINGAN kontrak antara Trent Alexander-Arnold dan Liverpool belum dimuktamadkan kerana keengganan kelab Anfield itu untuk memenuhi tuntutan gaji yang diminta pertahanan kanan itu, menurut satu laporan.
Pemain berusia 26 tahun itu merupakan salah seorang daripada tiga pemain bintang yang berkemungkinan meninggalkan kelab tersebut secara percuma pada penghujung musim.
Selain Virgil van Dijk dan Mohamed Salah, The Reds mempunyai tugas yang sukar untuk memenuhi syarat baharu ditetapkan ketiga-tiga mereka yang kesemuanya kekal antara pemain terbaik di posisi masing-masing.
The Sun melaporkan bahawa The Reds enggan memberikan gaji yang akan melebihi gaji yang ditawarkan kepada Van Dijk atau Salah.
Liverpool telah membuat beberapa tawaran untuk menambah baik perjanjian £180,000 (RM1.02 juta) seminggu Alexander-Arnold di sebalik minat yang ditunjukkan oleh Real Madrid.
Bulan lalu, portal berita Marca mendakwa bahawa The Reds semakin bimbang bahawa tiada perjanjian baharu akan dipersetujui dengan Alexander Arnold.
Selain Alexander-Arnold, the Reds juga sedang mencari jalan untuk memuktamadkan perjanjian baharu untuk Salah dan Van Dijk.
Alexander-Arnold menyertai Liverpool pada 2006, manakala Van Dijk menandatangani kontrak pada 2018 dan Salah 2017.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!